Marhaban Ya Ramadhan ^_^

5:50 PM


Pesanan Daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid :
[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.
[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).
[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dll.
[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.
[8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.
[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.
[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
[11] Niat jadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.


••Marhaban Ya Ramadhan•• Ampun dan maaf dipohon sekiranya ada salah dan silap selama ini. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan rahmat untuk kita semua.. Amin yaa rabbal alamin..

#copypaste
InshaaAllah,
RNutr. Fiza
 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook