Most viewed

Archive for October 2015

Sebab Allah sayang 😊

By : Nur Fiza
Kehidupan adalah ladang. Di sini manusia diberi peluang bercucuk tanam dan hasilnya adalah untuk dinikmati di dunia sesudahnya kelak. 

Kehidupan tidak pernah lekang dari ujian.   Kesusahan itu ujian. Kesenangan juga ujian. Kenapa diberi ujian pula? Sebab Allah suka bilaa hambaNya mengadu kepadaNya. Cuma itulah, bila ditimpa musibah, mesti kita cepat2 sebut Allah. Namun apabila diberi ujian kesenangan, kadang-kadang kita lupa mendahulukan Allah dari segalanya. 

Allah marah tak?

Allah tu kan Maha segalanya. Of course lah, maha penyayang juga 😊. Dia sentiasa beri peluang untuk hambaNya ingat balik kat Dia.

😯Bila?

Setiap masa 😊. Setiap kali kita bangun dari mati yang sementara tu 😴. Setiap nafas yang kita hela. 

Andai ditimpa musibah, ingat bahawa tu tanda Allah sayang. 😊😊😊. Dia suka dengar hambaNya merayu kepadaNya.  Dan, Dia akan membalas dengan cara yang tak disangka-sangka. Percayalah.

InshhaaAllah. Ada jalan untuk segalanya. InshaaAllah 😊😊.


πŸ‘‰πŸΌHati kecilπŸ‘ˆπŸΌ

Jom baca doa awal tahun!

By : Nur Fiza

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

InshaaAllah. Betulkan jika tersilap. Jom amalkan!

Tag : ,

Jom baca doa akhir tahun!

By : Nur Fiza

Hari ini adalah hari terakhir pada bulan Zulhijjah dan 1 Muharram akan bermula sebaik sahaja selepas maghrib malam ni. Alert  tak?? 😊

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini , syaitan akan berkata: 

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


InshaaAllah. Betulkan jika silap. Jom amalkan :)
Tag : ,

- Copyright © Wings of Words - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -