Most viewed

Archive for July 2011

GiveAway EdY : still beauty

By : Fiza Chan..!

Assalamualaikum..!!

mAcam yAng bOleh readers sekalian bc, haaa, kali nie fiza nak cuba nasib kat giveAway brader nie plak..
plEasE nOte thAt ThesE Are their special links! clicK!

DanielZaidi
EdyZaidiTravel

gEng bersekUtu :

miSs fifAh
cIk Azyla

p/s: sAya mAhu!!! ^_^
Tag : ,

HARIMAU MALAYA..!

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum..
i <3 HARIMAU MALAYA!SAPE nak hadiahkan fiza t-shirt cOol nie??????

Kami tetap berdiri tegUh!
dEmi wira SUkan NEGARA!
sEMangAt juAng tetAp tegUhhh!!!
oooo, MALAYSIA!

Mari kita bina, satu Ummah maju Jaya..

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum..

Insan cOmel, dilahirkan bersama kain Putih..
Ibu bapalah yang bakal mencorakkan..
Yahudi atau Nasrani menjadi gambaran..
Ataupun Insan sOleh wa musleh menjadi pertaruhan..
haah, itulah, tatkala Dia mantaklifkan dua insan menjadi mAma, aBAh..

teringin nak berpuisi, tp terasa x mampu lak pg2 nie..
fiza pernah berbicara dengan seorang teman, dan pernah berkongsi bahawa,
stiap insan yang berjaya , ada jalannya tersendiri..
perjalanan hidup yang cukup hebat sehingga mencapai status sekarang.
harus diingatkan bahawa, walau mcm mana manis pun, senyuman yang terukir di bibir setiap yang berdiri gah di pentas dunia, pernah sesekali air mata mengalir mengiringi dugaan.

"Ya Khaliq, sesungguhnya setiap yang Kau uji itu ada Manisan yang menanti..
Syukran Ya Rabb, kerana tidak pernah jemu untuk membawa hambaMu mengingat akan Mu.."

Mungkin ada diantara pembaca2 sekalian pernah melakukan perkara yang amat memalukan, amat mengejikan, amat menghinakan.. Namun ingatlah kalian bahawa, sesungguhnya pengalaman pahit itulah yang menjadikan diri kalian belajar mengenal dunia. Kalian mungkin merasa hina, kalian mungkin malu, apatah lagi Merasa xlayak menghadapNya tatkala mengenang kisah Perit kalian. Sedarlah, bukan itu caranya menghukum diri. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat hidup. Nikmat Kudrat yang amat berharga, yang seharusnya digunakan khusus untuk bersijud kepadaNya.. Terus meneruslah memohon taubat, kerana Dia maha Pengasih..

Pengalamannn~
Pengalaman banyak mengajar kita.. menyedarkan kita..
memang pengalaman yg kite alami tu,buatkan kita tamau tgk org len ulang bnda sama kan?
kdg2 ianya pahit.. tp mesti ditelan sbb ianya spt ubat yg menyembuhkan..
sakitnye tu, kita saja rasa, tp, sekali kita 'sihat' kemanisan itu juga kita sorang yg dapat rasa,
dan ianya menunggu sahaja untuk dikongsi bersama
Alangkah leganya kalau orang dapat trima kita sebagaimana kita sekarang..
mcm mana dia sedar bahawa kita sudar terjaga dari lena yg menghanyutkan..
dan bersedia untuk bimbing kita kearahNya.. ^_^

walau bagaimanaPun keadaan kalian sekarang..
jUm kita melangkah kearahNya..
Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

bOleh makan Pil tahan Period?

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum..
haa, ade citer yang fiza sendiri baru tahu jer.. khAs buat kwn2 se-jantina.. hihi, sempena RAMADHAN.. stay tune..

Hukum wanita mengambil pil penahan haid,adalah harus pada bulan ramadhan dgn niat nak puasa penuh.. tetapi,kalau boleh janganlah melawan fitrah yang Allah jadikan.. lagipun,pil tu sebaiknya ambil ketika perlu.. dibimbangi kesan buruk pd kesihatan..

Semasa haji perpisahan (Hajjatul-Wada’), Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- masuk ...bertemu ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- dan baginda melihat beliau sedang menangis. Ketika itu ‘Aisyah telah pun berihram umrah. Baginda bertanya; “Kenapa engkau menangis? Barangkali engkau kedatangan haid?”. Jawab ‘Aisyah; “Ya”. Lalu baginda berkata; “Ini (yakni kedatangan haid) adalah suatu ketetapan Allah untuk anak-anak perempuan Adam”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu-).

Kaum wanita hendaklah bersabar dan menerima ketetapan Allah. Sekalipun semasa haid ia tidak dapat mengerjakan solat dan puasa, ruang untuk ia ingat kepada Allah masih ada. Ia masih boleh beribadah kepada Allah dengan zikir, tasbih, tahmid, bersedekah, berbuat kebajikan/kebaikan kepada manusia melalui ucapan dan perbuatan di mana semua itu juga merupakan amalan-amalan terbaik atau al-afdhal di sisi Allah.

Wallahu a’lam.

me, yOu, yOu, and yOu..~ (ramai You nie)

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum.. salam ceria..!

senyummm, senyummmmm, senyummmm... Ah! cOmel^_^

Feels like wanna share sumthing with All my best friends in KMPP.. Suddenly flashback bOut Our memories, together.. Dear Nisha, Zu, SyaqZ isma, K, zikry and Ezad, i really miss the moment we being together before.. Truly, KMPP has thought me A LOT, especiallY about friendship.. do u Still remember, there's one horrible time when me, Nisha And Zu having some kind of mysterious fight.. EverybOdy in our class, especially K and Zikry, kinda realize something wrong happen between us.. haha, hOnestly, i'm hurt seeing our friendship cracked. tHen Zu, still remember x when me n nisha ask u to join us at KMPP's field dat evening?? i can't really remember which day, but, at last, i have to tell Nisha what u have felt towards her.. Nisha cried, so do I... Dat night i think, i went to c u.. actually i'm kinda forcing u to see me kan??? hehe, then suddenly, this fiza u knew from the first day we met change to be like a motivator or what dat night.. i told u almost everything i felt that night.. then, U n Nisha be gOOd again and i was so relief.. haa, truly, i still remember what Nisha Said;

" if u love ur friend, tell her when she makes mistakes. correct her. instead of keeping silent and let her repeat the same thing again.. n u kept hurted"

That sentence really make me realize the meaning of friend.. ^_^

K,
still remember that day when u confess everything to me ?? few days before, i was so confused about ur attitude towards me.. i kept thinking if i ever make horrible things to you.. sOrry for any of my mistakes.. That confession day really makes our friendship closer, Me, Zu, Nisha and You K.. ^_^

Zikry,
for me, you are really cOmel.. haha, everybody said so.. most of our practicumate said so.. But, One day, sumthing happen to us.. all five of us suddenly separate into two groups. You and K, while me with Zu and Nisha.. again, thru confession, our friendship was healed..

One of the mOst things i remembered was, when we were heading towards Final Exam for 1st semester.. ME, Zu, Nisha, K, Zikry, Ezad, and Shukor.. hahah, kite study sampai sparuh mati koT.. punye la guna bilik JPP tue. sampai orang ingat fiza ni dak JPP.. phewww, tumpang glamer.. hihi.. masa tu Zu penah Down.. haishh,, me n Nisha ckp,
"xleh jd gnie.."
n even the guys also risau kat Zu tau.. sbb, kita da study sama2 then suddenly u were like giving Up.. Then One night, me n Nisha force u to come to dataran. then we talk2.. alaaa, nak nangis lak malam tu.. tapi, when seeing u smile again, i was so relief.. gO Go my deAr!!! jgn give Up!

then one day, i was so down.. fiza cuba tahan nangis depan kwn2.. then mcm biasa, u guys perasan kot fiza nangis.. then Zikry plak motivate.. Perghhhh... thAnks Zikry.. memang pedas kata2 hang.. hahaha.. tp, sib baik hang marah fiza.. kalau x, memang give Up dah weyhh.. nOpe2... fIza chAn jgn Give Up..! each of u could feel the tension of getting great pointer for our exam.. but, we motivate each other.. Alhamdulillah, the tough time passed with our flying colours results.. ^_^ what an effort..!

Then also, most precious memory was, when i met SyaQz Isma.. hihi, unexpected meeting.. besides, yOu are in the physics stream, and me bio stream.. huhu.. Thanks to my guitar too, we met. all those sweet memories.. i still am remember hOw r u when u join me nisha and Zu study in the library.. Nisha kept Pushing u with da chemistry things.. while me trying to help u with memorizing the Meaning of the Chemistry term.. haha. still can';t forget ur face dat time.. then we started study together., four of us, for quite some time..
And then, u kept having headache.. haaa, so worry.. i can't really fight my shy-ness but still i try.. when? laa, when i wanted to give u panadol for u headache.. i hide it under RM1 note which i wanted to pay for da nescaffe u helped me bought. ketaq lutut kOt nak bg, sampai jatuh panadOl tu, x silap.. hihi.. aiyaaa, manyak lagi wo mau crita tp, da panjang meleret dah.. ~

sO, this pOst is posted specially for my KMPP friends . may all those memories we shared remains forever..

gUd LuCK at new place my friends..

Me ~> UPM-sains pemakanan dan kesihatan Komuniti
Zu ~> UMS-Biotek
Nisha ~> UKM-Farmasi
K ~> UMS-Medic
Zikry ~> UKM-Biokimia
Ezad ~> UTM-electrical engineering
SyaqZ Isma ~> UMP-kejuruteraan kimia

SelAMat berjUang.. Lagu blOg fiza ni untuk Kita semUa.. ^_^
tC, sPongebob..^_^

tEntang Buku...!!

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum..
salam ceria kengkawan... Post ni , fiza nak share ttg VOcab yang menarik tentang bUku.. Mama fiza yg bAgi, sO, fiza nak share dengan 1 duniA!!!!!! hehe.. silakan~

bibliophilia
~> gemar membaca, mengagumi dan mengumpul BUKU

biliomania ~> penyakit yg begitu menggilai buku secara keterlaluan, bOleh membahayakan oRang!

bibliophagy ~> sEorang yg sAnggup MAKAN buku!!!

bibliokleptomania ~> seorang yg mencuri buku secara KERAP

bibliotaphy ~> kegilaan seseorang Yang sanggUp menanam Buku!!

sO, yAng mana satU anda?? hihi..

PTPTN..!

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum.. salam cEria!

pOst kali nie berkisarkan tentang, permohonan PTPTN.. ehehe, formal plak.. mcm nie, maybe ada diantara kita da muak da tgk requirement2.. yang Uni la, ptptn la, biasiswa lah.. mcm2.. HoNestly, fiza pun da mcm x larat nak tgk.. pk2, mcm nak biar je masa berlalu ..
" uish, mane leh gtu fiza sayang OoI!!!. hang da besaq, semua kne wat sendiri..."

sO, back to our tOpic..

befOre memohon
  1. bli nO Pin RM 5.00, kat bsn ~> PTPTN nye pin (sah untuk 6 bulan)
  2. bUka akaun mengikut IPTA/IPTS Linkmasing2.. UPM pakai CIMB tau! ^_^
----------------------------------------------------------------------------------------------
Nak Mohon ???

  1. klik cnIe.. ~> POHON PTPTN
  2. masukkan lah maklumat yg tertera pada slip belian No Pin untUk daftar kali pertama..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen2 ??
  1. salinan permohonan ( bila dah submit kot, print sbg bukti )
  2. salinan kAd pengenalan (muka depan + belakang )
  3. salinan sijil SPM kite jame2 dulu tuh~ (ni bg sape yg xlebih 2 tahun dari tahun exam)
  4. salinan surat tawaran IPT. ( kalau cetak sendiri, kne sahkan dr pihak IPT masing2)
  5. Salinan muka buku akaun bank
  6. salinan Transkrip kelulusan yg terbaru.. ( mcm fiza nie, Transkrip Matrik ler~)
  7. salinan slIp gaji (ketika permohonan dikemukakan-PENJAGA/PEMOHON/PASANGAN PEMOHON)
  8. Salinan surat pengesahan (kalau trima bantuan drpd jabatan Kebajikan
  9. 2 keping Setem Hasil yg bernilah RM10.00 stiap satu..
( SeeeMUaNya 1 salinan .. except for setem hasil ler~ ^_^)
----------------------------------------------------------------------------------------------

Okeh, stakat yAng diatas nie hanya untuk pemohon tahun pertama semester 1 bagi tiap2 IPT.. bagi yg nak mohon semester 2 dan keatas.. anda kne sertakan dOkumen sokongan.. x banyak.. ni je haa~
  1. SALINAN surat pengesahan masih belajar (semester semasa) dari IPT masing2. (perlu disahkan tau)
  2. SALINAN keputusan exam semester sebelumnya
tadaaa...! ade ape2 pertanyaan, sila tinggalkan comment or jejak anda ye~

Saya Nak Join Segmen Review dari Cahaya Azyla

By : Fiza Chan..!

Assalamualaikum..
Haaa, hr nie, rase nak berblogging, tp, nampankye Idea tamau mai,, dok lena lagi kOt.. so, hr nie, sbb cIk Azyla ajak, fiza pun tingin nak jOin.. silakanlah ye cIk Azyla~

XbOleh puasa ?

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum.. salam sya'aban..

Ari ni fiza nak Kongsikan sdikit info .. sblm ni fiza x tau.. so, bila dah tahu, terasa nak berkongsi.. Jum sama-sama manfaatkannya ^_^

Tazkirah PUASA: tidak harus puasa 16 sya`ban hingga keatas melainkan ada salah satu sebab dibawah:

1. Puasanya bersambung dengan setengah bulan yang awal.

CTH: Ahmad berpuasa pada 15 syaban, maka dia boleh berpuasa pada 16 sya`ban dan keatas. kemuadia pada 20 sya`ban dia tak puasa maka dia xboleh lagi puasa pada 21 sya`ban. Inilah yang dimaksudkan dgn bersambung puasanya dengan setengah bulan yang awal.

2. Bukan puasa sunat. Jika puasa wajib, harus bagi dia seperti puasa QADHA, puasa NAZAR, puasa KAFFARAH.

3. Telah menjadi adat baginya untuk berpuasa seperti dia sentiasa puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu sehingga dah jadi kebiasaan baginya.

Wallahu a`lam. Sila tegur jika ada kekurangan
aha, so, jum sama2 kita nantikan Ramadhan al-Mubarak ini.. ^_^

Sabarlah wahai Hati

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum, Dear Readers...
Lama rasanya fiza x menjengah ke laman ILuvIslam.com.. rindu pulak nak mengisi hati yang terbiar dengan keduniaan.. Sungguh, keseronokan itu satu dugaan dariNya.. hari ni, fiza nak memetik satu artikel, khas dari kak Asniza.. " Sabarlah wahai Hati~ " jum, kita luang masa sejenak.. InsyaAllah, mendalami ilmu keranaNya akan diberi ganjaran pahala disisiNya.. Amin..
----------------------------------------------------------------------------------------------


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah;

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".

Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

Amin ya rabb..

------------------------<(")------------------------------------------<(")--------------------

- Copyright © Wings of Words - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -