Most viewed

Archive for January 2014

Love share : Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan ^_^

By : Fiza Chan..!

Assalamualaikum kawan2!
Hari ni Cik fiza teringin nak share tips kesihatan! ehem3, maklumlah, punya nak jadi nutritionist nanti ^_^. Doakan cik comel (woopss) ni berjaya capai impian ye. ^_^

" Semoga Nur Hafizah sentiasa menjadi anak yang solehah, dapat jodoh yang baik, dan.. berjaya dunia dan akhirat." 
aminnnn.. ehehe, terima kasih :)

okey, sekadar perkongsian tapi kali ni, copy dari sebuah site.. hmm, mungkin boleh buat reference. mcm nie:

Puspanita. (2012). Cara Rasulullah s.a.w. menjaga kesihatan diri. Retrieved on 19 January 2014 from  http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/225-cara-rasulullah-saw-menjaga-kesihatan-diri.html

(APA style katanya ^_^)

Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. 

Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Baiklah.. semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini, khas dari......
Luv,
R.Nutr. Fiza
(InshaaAllah)

Bintang Syurga ^_^

By : Fiza Chan..!
Terdetik jari jemari untuk ke laman Youtube tatkala teringat akan satu lagu yang disebut oleh seorang ukhti. best gila katanya ^_^. Itulah, Bintang Syurga.



Tersentuh dek alunan suara indah Raqib Majid dan UNIC. Hmm, cubaan yang bagus untuk menghalang diri ni tidur di siang hari. ^_^. Dan kemudian tertarik dengan tajuk video berkaitan yang dipaparkan di sebelahnye. Subahanallah, mungkin tidak banyak yang diri sendiri ni tahu tentang Allahyarham Ammar, tetapi, walaupun sedikit yang diceritakan, terbit rasa tersentuh di hati.



 Mungkin kita tidak mampu syahid dalam berperang seperti sahabat-sahabat dahulu, tapi mampukah kita mengejar syahid dakwah? Andai beliau sudahpun dijanjikan bidadari disyurga, apakah kita yang biasa2 nie mampu yakin akan masuk ke syurga? Banyak perkongsian2 yang kawan2 post kat facebook. Adakalanya rasa tersentap jugak, tapi dah menjadi tanggungjawab manusia untuk saling memperingati sesama makhluk.. InshaaAllah, hati yang liat ni lama-kelamaan akan dapat dilenturkan.

Pernah sekali terbaca di Facebook, " jangan gunakan Allah untuk dapatkan banyak like." ala-ala mencari publisiti mungkin maksudnya..  Pernah juga terbaca, "pakai seksi-seksi tapi duk post , share benda2 dakwah". mcm xkena je kan?

Tapi pintu dakwah tu xpernah ade had dia kan. InshaaAllah ada hidayah yang Allah selindungkan dan hanya menunggu masa untuk digenggam erat. InshaaAllah di facebook juga kita boleh mencari pahala dan berbuat amal jariah betul? Postlah sebanyak mana kata-kata, gambar dan bingkisan berupa dakwah, pesanan dan ajakan kepada yang lebih baik. Sebab untuk saling mengajak kepada kebenaran itu tanggunajawab sesama manusia, selebihnya biar Allah yang buat perhitungan. 

Hmm, seronok n nyaman je rasa hati ni bila Allah datangkan rasa syukur dan muhasabah diri. Ya benar, Iman seseorang itu bertambah dan berkurang selama dia hidup. Justeru, hargai detik bilamana Allah berikan nikmat iman bertambah tu, berusaha untuk top up Iman bilamana kita rasa ianya berkurang :) itulah ujianNya, itu jugalah tanda cintaNYA  ^_^.

wallahu'alam.

Luv,
R.Nutr. Fiza(inshaaAllah)

New year, New age. ^_^. Alhamdulillah, 2014.

By : Fiza Chan..!
Assalamualaikum wbt  hari baharu.
Selamat tinggal masa yang telah berlalu..

Cepatnye kite . dah ade dalam hari pertama tahun 2014. Well, as Nutrition student, each new year is celebrated with notes and lectures, and alhamdulillah, dis time, berkesempatan untuk mengunjungi rumah Allah swt pada malam tahun baharu. Ustaz kata, tahniah dan bersyukurlah kerana dipilih oleh Allah untuk berhimpun di rumahNya .^_^ alhamdulillah. n thanks to Jamy dear sbb sudi ajak kite.


Ehehe, mcm muka pak ngah pun ade kan , Along? :P

Okey, post kali ni, cik fiza nak share sdikit sebanyak ape yang dikongsikan pada ceramah semalam sempena menyambut tahun baharu 2014 masihi.
  
"Ya Allah, minta Engkau tukarkan kejahatan kepada kebaikan. Dan, kekalkanlah kebaikan itu, serta Gandakanlah"

Ni antara ayat doa yang dibaacakan sebelum memulakan kuliah beliau. So, kita doa ni supaya Allah sapu semua kejahatan yang kita dah buat dalam tahun 2013 n masa-masa yang lepas, tukarkan ia menjadi kebaikan. Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta kan?


1. Ulama' berpandangan bahawa cuma tolak tahun masihi dengan tahun hijrah. Maksudnya, 2014 - 1435 h. Ahaa, figure yang keluar nanti adalah merupakan jarak antara Nabi kita, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa AS.

2. Nabi-nabi yang ada tidaklah wafat kecuali cuma berpindah alam sahaja. Ada 4 nabi yang belum Meninggal lagi iaitu 2 yang berada di langit , Nabi Isa dan Nabi Idris. Dan 2 lagi yang berada di Bumi, Nabi Khadir dan Nabi Ilyas.

3. Ada dalil yang mennyatakan n menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak wafat lagi. Ianya berbunyi seperti ni : Pabila Umatku berselawat kepadaku, memberi salam kepada ku, maka akan ku balas selawat dan salam mereka. Wallahu'alam.

4. Ade 124 000 orang nabi manakala ade beberapa pendapat mengatakan bahawa ade 313/314/315 orang Rasul. Tetapi kita WAJIB tahu 25 orang Rasul. Kalau xtahu, kita BERDOSA.

5. Ade 10 malaikat yang wajib kita beriman. tetapi jumlah sebenar malaikat adalah terlalu ramai dan banyak. 
" Bilangan malaikat itu lebih banyak dari butir-butir pasir yang berada dilautan" 
 
6. Dunia ni banyak menipu. Dan kalau xmenipu, tidaklah ia dipanggil dunia.


Yang ni untuk isteri-isteri dan ibu-ibu.

1. Sunat letak nama pada hari keTUJUH , dengan nama yang baik. Yang ada kaitan dengan:
Nama para NABI
Nama para SAHABAT
Nama para SOLEHIN
supaya, anak nanti perangai elok.

2. Bila mengandung, 6 bulan dan keatas, amalkan baca surah Luqman dan surah Yusuf. bukan sahaja isteri yang baca, malahan si suami pun kena la support :)

3. Sesudah lahinya anak, Azan ditelinga Kanan, Iqamah di telingan KIRI.

4. HARAM jika doktor lelaki yang menyambut kelahiran bayi sbb kalau ade doktor perempuan, kene bagi doktor perempuan n nurse-nurse perempuan untuk merawat ibu (perempuan). Kecuali darurah.

Last skali, orang yang hafal al-Quran, kalau dia lupa apa yang dihafal, Dosa dia lebih BESAR dari segala dosa lain.

Wallahu'alam. betulkan jika ade tersilap. ^_^.
Selamat tahun baharu 2014. Andai ini bingkisan terakhirku, maafkan segala kesalahan. Doakan kejayaan di dunia dan di Akhirat kelak. Assalamualaikum. 


Luv,
R. Nutr. Fiza
(InshaaAllah)

- Copyright © Wings of Words - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -