Love share : Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan ^_^
5:52 PMAssalamualaikum kawan2!
Hari ni Cik fiza teringin nak share tips kesihatan! ehem3, maklumlah, punya nak jadi nutritionist nanti ^_^. Doakan cik comel (woopss) ni berjaya capai impian ye. ^_^
" Semoga Nur Hafizah sentiasa menjadi anak yang solehah, dapat jodoh yang baik, dan.. berjaya dunia dan akhirat."
aminnnn.. ehehe, terima kasih :)
okey, sekadar perkongsian tapi kali ni, copy dari sebuah site.. hmm, mungkin boleh buat reference. mcm nie:
Puspanita. (2012). Cara Rasulullah s.a.w. menjaga kesihatan diri. Retrieved on 19 January 2014 from http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/225-cara-rasulullah-saw-menjaga-kesihatan-diri.html
(APA style katanya ^_^)
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat
sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal
ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,
kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi
serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi.
“Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat
Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda
Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada
Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah
sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang
lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti
letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad,
tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada
terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah
posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila
sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan
gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap
optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa
selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal
kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu
menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati
dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu
rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia
sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.
Sebenarnya, banyak
lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi
yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Baiklah.. semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini, khas dari......
Luv,
R.Nutr. Fiza
(InshaaAllah)
1 comments