Tutorial : Solat sunat AidilAdha ???
6:33 PMAssalamualaikum dan salam Aidiladha~
Ada pernah ter-tanya dalam diri x? ade ek solat sunat AidilAdha?? humm, biasalah tu, manusia sering lupa sesuatu yang dah lama ditinggalkan.. ^_^ xpe2, jgn rendah diri k.. Post kali nie, tntg panduan nak solat esok pg.^_^. harap membantu ^_^.
Panduan ringkas:
(1) Takbiratul ihram ( Allahu akbar ) - Niat solat:
Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).
" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).
" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
(4) Membaca fatihah dan surah al. Akla.
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa
(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )
Peringatan:
(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).
(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )
(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )
Actually, fiza refer kepada blog sahabat se-Islam nie.. jadi, sila klik link ini untuk panduan selanjutnya ^_^
~sYukran ^_^~
0 comments