Assalamualaikum.. salam ukhuwah buat readers ^_^. Syukran krn masih sudi bertandang ke teratak yg sempoi nie.. hihihi…
“ Setiap manusia tidak dilahirkan untuk menjadi jahat.. “
Ya.. sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambaNYa, sebaliknya kitalah yang menzalimi diri sendiri.. Perjalanan merentasi masa dunia ini merupakan suatu pelayaran yang cukup panjang, namun fana sahaja. Akan tetapi ianya cukup menguji… Terkadang kita terleka, hanyut dibawa arus keseronokan dunia, ditambah dengan keenakan nafsu yang mengambil alih ‘pusat kawalan’ iman kita.. Maka wujudlah bermacam-macam kerosakan batin .. ( hehe, tah korang faham ke x ape yg nak disampaikan =P) Fza pasti stiap dr kita ade rahsia terbesar dalam hidup masing2..kan2?
sO, kalau ade ‘rahsia’ tu, apakah hidup kte dah musnah? kita merasakan diri kita hina, apakah mahu sentiasa berasa hina??? Ingatlah sahabat, selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat tu x pernah pilih kasih. ianya Sentiasa menanti sesiapa sahaja yang mahu kembali ke jalanNYA.. tidak salah mengenangkan kelemahan dan kesalahan kita, tetapi lebih baik kalau kita jadikan ia suatu titik permulaan bagi perubahan menjadi lebih baik. Bukankah Islam itu memperkenalkan kOnsep;
“JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. DAN, HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI…”
Islam itu mudah, jadi jangan terimanya sebagai SUSAH.. sebagai saudara yang faham rasa hina itu, fiza sangat2 mahu mengajak sahabat2 supaya kmbali dekatkan diri kpdNYA. Di situlah kta dapat merasai ketenangan yang mutlak dan tiada apa yang mampu mendatangkan rasa tenang, melainkan Allah sahaja yang meniupkannya dalam hati-hati hambaNYA.. Subahanallah..
~klik nUffnang nye advertisment untuk pelbagai maklumat menarik =P, sambil menyumbang.. Syukran~