Aku pendosa, juga ingin ke Syurga

3:51 PM

Assalamualaikum..



Alhamdulillah semalam sempat bertandang ke taman syurga bersama bonda terchenta dan adik tersayang.. Sedikit perkongsian untuk tatapan bersama.

-Orang berjaya itu adalah orang yang berusaha perbaiki diri, dan dalam masa yang sama, ajak orang lain ke arah lebih baik dan berjaya juga.

-Orang yang menunjukkan kebaikan kepada orang lain, dan orang lain amalkan kebaikan yang ditunjukkan tu, itu menjadi saham pahala akhirat nya nanti.

-Kita boleh kata macam-macam kat orang, boleh judge macam-macam. Tapi hakikat nya, stiap orang tu nak jadi baik, mungkin dia belum jumpa jalannya.

-Bila kita bergantung kepada Allah, kita akan tenang dan bebas buat keputusan.

-Kita rasa serabut, rasa hidup ni payah, seolah-olah tiada apa yang menjaga kita. Sedangkan kita lupa, Allah ada, yang selalu jaga kita.

-Wanita ni nampak je tabah, semua benda dia buat. Tapi dia luahkan segala keperitan dia, kepenatan dia dengan menitiskan air mata.

-Kita boleh luahkan masalah kat manusia, tapi sampai bila manusia ada untuk kita? 

-Fitrah manusia: semua nak jadi baik.

-Bila waktu solat terakhir kita yang kita benar-benar solat untuk sucikan diri?

-Laluilah hidup dengan seronok. Bila kita nak tulis masalah kita, fikirlah bahawa semua orang ada masalah.

Sepurnanya akal seseorang itu apabila dia kurang bercakap. Semua manusia pasti ada ujian dan cabaran. Pandanglah mamusia lain dengan rahmah, ubahlah diri dengan hikmah. Kita tak tahu matinya kita nanti macam mana keadaanya.

Selamat beramal. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook