Buka mata hati, muhasabah syukur :)

12:53 PM


Gambar sekadar hiasan

Rasa syukur dilahirkan dalam Islam.. Dan keamanan. 
Sedangkan diluar sana, ramai yang tercari-cari cahaya hidup, sorok2 ingin peluk Islam, dah dikenal pasti Islam, dibunuh, dikecam pula.

Rasa syukur dilimpahi kesenangan, ada gadget disisi, setidak-tidaknya masih lebih satu nikmat dihadapan berbanding mereka yang tidak punya apa-apa.

Syukur, bangun pagi sahaja, ada makanan untuk dijamah, malamnya masih boleh berbincang, apa hendak dimakan esok hari. Sedangkan ada mereka yang hanya berbekalkan air paip sebagai alas perut, malamnya tidur kelaparan, esoknya buntu tiada idea apa untuk ditelan.

Syukur, tatkala di traffic light di bawah panas terik, kita masih boleh berteduh di dalam kereta, sejuk selesa dibuai aircond. Sedangkan mereka bermotosikal diluar sana berpeluh-peluh, anak kecil kepanasan.

Syukur, masih diberi nikmat Allah untuk menatap wajah ibu dan ayah. Wajah ibu yang mendamaikan, lagi menenangkan. Taktala ada diluar sana rindu bertemu mereka yang telah pergi. Siang tercari-cari, malam termimpi-mimpi.

Allah, terlalu banyak benda untuk disyukuri sehingga tak mampu disenarai keseluruhannya. Syukurlah. Perhatikan sekeliling, kerana syukur itu menenangkan jiwa yang kusut, mendamaikan hati yang tidak tenteram. 

Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook