Bon Eid Mubarak..?

1:04 PM

"Allahummaa bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan"


(Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab, Sya'ban serta sampaikanlah
kami ke bulan Ramadhan)
 
Perginya Ramadhan, terasa hilangnya satu nikmat.
Oh Allah, pertemukan kami di ramadhan tahun depan. Amin..
 
 Assalamualaikum wbt. Salam 5 Syawal 1434h ^_^.
Alhamdulillah, selesai kita berjuang di bulan Ramadhan, tiba masanya kita meraikan kemenangan dalam bulan Syawal. Puasa sebulan, raya pun sebulan ke? Jenuh nak makan laaaa~
 
Pertamanya, mari kita ucap Astaghfirullahal'azim.. atas kesalahan yang kita buat setelah 5 hari berada dibulan Syawal. mungkin kita xsedar, tapi, al-maklumlah, dikelilingi makhluk Allah yang dirantai selama sebulan ni, buatkan kita leka yang teramat. xgitu..? 
 
Raya kali ini dirasakan sedikit berbeza, dan makin berbeza saban tahun. mungkin, diri ini sahaja yang merasakannya.. perasan sorang2 agaknya. :3. Rasa seperti, takbir raya makin berkurang dicorong2 media massa, tetapi rancangan berbaur hiburan yang melimpah ruah ditayangkan.  Bukan mahu berkata tidak manis, tetapi, ana sedih melihat fenomena raya yang dipamerkan. Cukuplah mengambil contoh salah satu program tivi, ana Sedih melihat rancangan KPR yang ditayangkan baru2 ini. Adakah begitu 'murah' muslimin dan muslimah sekarang? 
 
Namun, alhamdulillah, masih ada hiburan yang berunsurkan nasihat serta teladan. Mabruk 'alaika kerana berjaya membawa rancangan2 sedemikian kehadapan. ^___^. Rindu alunan suara adik2 kecil evolusi huffaz, "tak tengok rugi, tak baca lagi rugi" , dan lain2.. tak gitu? Cuma disini ana ingin berpesan kepada diri sendiri dan rakan pembaca, jangan sia-siakan mata ganjaran yang dah kita kumpul dalam bulan Ramadhan, untuk keseronokan dunia. 
 
Again, it's five of us.. together. ^__^ may this bond be blessed forever. 

 
 Terima kasih yang teramat kepada sanak saudara yang sudi bertandang ke rumah, juga insan2 istimewa yang hadir :) inshaaAllah, ada rezeki, datang lagi ^____^. 
 
 So people, have a blast raya and life ahead. Datangnya Aidilfitri dengan penuh keceriaan dan barakah. Jangan biarkan keberkatan Aidilfitri pudar dek kelazatan dunia. InshaaAllah, nanti kita cerita2 lagi ye! hati2 dijalan raya, balik ke kota mencari ilmu dan rezeki. 

Firman Allah dalam Surah Ali Imran pada ayat ke-14 yang bermaksud :

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
wallahu'alam.
InshaaAllah, 
future R. Nutr. Fiza

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook