Jangan berhenti..!!!!!

1:29 PM

" Along, nanti adek nak join PKTR jugak laa.. bestnye..! "
" Bagi bout number 5, memakai biru, sila bersiap sedia di gelanggang sekarang.."

Di sinilah~~

 Itulah bait2 kata yang menjadi kenangan paling berharga dalam detik hidup... Masa tu, fiza betul2 berharap dapat ikut jejak langkah Along untuk terpilih menjadi salah seorang ahli Program Kepimpinan Tun Razak.Pada masa itu, Majlis Sukan Negara menjadi tempat pilihan PKTR. Alhamdulillah, terpilih untuk ke interview , namun, mungkin rezeki bukan disitu.. Fiza tak berjaya.

" Tak mengapalah, Allah dah aturkan yang lebih baik dihadapan, inshaaAllah... "
 bisik dalam hati kecil.

Tahun 2005 mencatatkan sejarah baru dalam hidup Fiza di mana, waktu itulah fiza pertama kali menjejakkan kaki ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan, National Interclub Taekwondo Championship.. Ya Allah, peluang yang besar, cuak pun melampau-lampau. sekali lagi, Majlis Sukan Negara menjadi tempat pilihan kejohanan. Allahuakbar, tak terduga. Namun selepas pertarungan kedua, Fiza tewas. Kekalahan yang dilalui memang pedih, tapi keringat yang dicurahkan, Alhamdulillah, berbaloi.

" Mungkin, bukan rezekiku di sini.. " 
".. tak pe fiza, InshaaAllah ade lg yg lebih baik menanti kat depan... "

Sokongan sentiasa ada dibelakang setiapkali fiza jatuh.. kata mereka, gunakanlah kejatuhan kamu sebagai kebangkitan kamu untuk masa hadapan. Fiza percaya, ada diantara kita pun merasakan perkara yang sama, tapi, ayat yang biasa didengari...

" InshaaAllah ade sesuatu yang lebih baik menanti dihadapan.. "

kan3???

Allahuakbar, Dia sememangnya tahu hasrat dihati.. kali ini, Alhamdulillah, fiza n the geng terpilih untuk menjadi sukarelawan bagi SUKMA ke-16 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 28 jun - 7 Julai nanti. Dan Majlis Sukan Negara menjadi tempat dimana kami, para sukarelawan dilatih. Mungkin ianya nampak kecil pada mata para readers, tetapi, ya benar... Dia memang sudah mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya. mungkin fiza tidak berjaya untuk sukses di MSN Sebagai seorang atlet, mahupun sebagai salah seorang peserta PKTR, namun diberiNya peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke MSN , tetapi kali ini sebagai sukarelawan SUKMA. Sukan yang menjadi impian fiza untuk mewakili pasukan taekwondo fiza suatu ketika dahulu.

Kelakar ek post kali nie? haha.. Post kali ini, dalam berkongsi pengalaman fiza, fiza cuba untuk bawakan mesej kepada para readers sekalian agar, jangan sesekali berhenti dari terus berjuang. Ingat, kita masih ada DIA.. Dia yang selalu memerhatikan, Dia yang selalu mendengar keluhan hambaNYA..dan DIA jugalah yang mengaturkan segalanya. Berdoalah padaNYA kerana doa itu senjata kita :) jadi, JANGAN BERHENTIIIIIII~~~~~ Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita.

"..Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.."
Surah al-Baqarah, 216.

Sama-sama kita renungkan mesej yang cuba disampaikan melalui ayat di atas. cuba lihat dari pelbagai perspektif. ingat, Dia maha Mendengar. luahkan padaNYA. ^_^v

Tadaaaa, nak share gambar ckittttt!!! 


 
























Okeylah, nak kne g Lab sudaaa~~ permisi, dan renung2kan k :) jgn renung gambar kite jek :P jangan berhenti dari terus berjuang...
Assalamualaikum.

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook