Biarlah ana nak kongsi...

3:58 PM

Assalamualaikum...

Beberapa jam lagi, exam akan datang kembali mengisi masa dalam hari2 insan yang bergelar mahasiswi UPM nie.. Tapi, jemari ni berpakat dengan hati, timbulkan rasa untuk menaip, trus otak mula ambil port, berkomplot, memikirkan apa yang nak ditaip untuk post kali ni.. haishh, ni ke sebab kegelisahan yang melampau2 sememjak semalam?

Alhamdulillah, Dia yang maha Mengetahui telah memberi ilham dan kudrat untuk bertandang ke sebuah blog saudari sorang nie.. Perkongsian yang begitu menyentuh hati, dan mengetuk pintu iman yang kian leka dek ujian dunia..


Jemputlah klik link di atas ye.

Ujian dariNya tidak datang membawa sesuatu yang kosong. Semalam, untuk pertama kalinya ana saksikan, kawasan surau di kolej banjir.. Di Kolej saudara ana pula, berlaku tanah runtuh.. hmmm.. Hujan bukan sekadar hujan, tanah runtuh bukan sekadar runtuh. Namun ade ayat2 cinta yang membawa maksud tersirat dariNya. Sweet kan? Cuma, tafsiran setiap makhluk yang diciptakanNya tu berbeza.. Di sini, suka ingin ana berpesan pd diri sendiri dan berkongsi.. "biarlah kita melihat sesuatu yang datang itu dari pelbagai sudut, sebab, dunia nie sfera. tiada bucunya.." ( ek, tetiba lak sebut sal sfera > ^_^ )

post kali ni xde gambar ke??
haa, ana nak share 1 post di fb .. dari seorang sahabat :

Aishhh, post kali ni macam asyik sebut pasal hati ja.. sebenarnya, hati2 kita ni senang sgt leka dengan kemanisan dunia. termasuk hati ana. Tapi ana bersyukur sebab Dia selalu saja bagi peluang, dan selalu sahaja detikkan hati ana dengan peringatan kepadaNya .. cuma ana malu dengan Dia, Sbb, hati ana cepat Alpa. pernah tak rasa mcm tu? 
jadi, biarlah post kali ni berbunga2 sikit, cakap tentang soal cinta manusia (kalau klik pd link kat atas, ntum akan tahu)
supaya hati2 kita ditarbiyah .. bukan selalu kan?  niat ana, cuma nak berkongsi..
Haishh, fiza ni mimpi ke ape, duk cakap pakai " ana, ntum" lak.. rindu je pada gelaran yang pernah digunakan satu ketika dahulu. mungkin Dia yang detikkan hati ana untuk bahasakan diri dengan " ana" kali nie.. alhamdulillah ^_^.

 okeylah, rasanya, si jemari, hati dan otak ana berjaya menamatkan misi untuk mempengaruhi ana untuk update blog.. tahniah wahai cik jemari, dik hati, dan cik otak~ hihi..
mohon maaf atas segala kekhilafan ana sepanjang perkenalan atau sepanjang ana update blog nie.. semoga berjaya dalam perjuangan.

Awak,(tetibe lak "awak" kan~)

" bagaimana bisa merasa manis, jika garam yang dipilih,
bagaimana bisa merasa tenang, jika sentiasa mencipta gusar,
bagaimana bisa mendidik hati, jika sentiasa menjauhi Dia,
bagaimana bisa kita menagih keberkatan, jika tidak mencari redhaNYA.. "

Assalamualaikum.. jom study!!!
~sleeping beauty~

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook