Siapa?

12:04 PM

DSC04156

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Apa khabar semua? ( ecece mcm berinteraksi dgn peminat plak Smile with tongue out)

Lama tak menambah isi blOg nie. bUkan malas, tapi Kurang rajin sejak akhir2 nie.. Bertimbun assingment kat atas meja tu haa..~

 

Well, semakin hari , semakin melimpah kes2 yang kita dengar. tAk kisah la, yang terpampang di dada Akhbar mahupun diuar-uarkan di media elektronik.

REMAJA, REMAJA, REMAJA..!

Asyik2 remaja yang famous, naik nama.. adoiyai! kenapa ya? Sebenarnya, Tajuk “siapa” itu beerti siapa yang patut dipersalahkan? Parents? Kawan? Datuk? Nenek? or.. REMAJA ?!

 

      Fiza lebih suka memberi pandangan dari sudut remaja itu sendiri yang patut dipersalahkan.. kenapa? fiza percaya, ibu bapa mana yang mahu melihat anak2 mereka yang dahulunya comel dan manja, membesar menjadi penyamun, pembunuh,penyangak, dan apa2 sahaja kerosakan dalam diri mereka.. betul kan? walaupun mungkin bukan semua, tapi mostly, ibu bapa bertungkus lumus menyediakan pendidikan yang TERBAIK (bukan dari ladang) demi masa depan anak2. oleh itu, fiza percaya anak2 zaman sekarang sudah sedia terdidik , tidak kira oleh saluran terus dari parents, mahupun di sekolah2..

 

      Sebagai Muslim, kita diajar oleh pendidikan Agama Islam sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Lagi bAgus, sejak di tadika2 lagi. Namun, masih berleluasa kes buang bayi, ajaran sesat dan sebagainya. Islam???  YA! orang islam yang buat.. Tapi jangan sesekali menyalahkan islam kerana Islam tidak pernah Salah. individu itu yang perlu dipersalahkan.. ada sahaja ilmu, tetapi tidak menggunakan dengan baik. Puncanya, ada sahaja yang melihat Islam ini suatu yang tidak baik.

 

      Justeru, kenapa perlu kita menyalahkan orang lain atas kesalahan kita sendiri wahai REMAJA diluar sana? adakah kita mahu menjadi seperti al-kisah “Bangau or bangau?”

Fiza menyeru diri sendiri dan remaja diluar sana.. Ayuh, belum terlambat untuk berubah. Setiap kesalahan yang dilakukan itu adalah suatu kunci kepada pintu taubat dan jalan untuk kita belajar untuk menjadi lebih baik. AYUH REMAJA, AYUH!

~any opinions are welcomed~

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook