jAdilah hamba yang bersyukur~

5:29 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"Rendah diri? malu? "
Biasalah, setiap manusia pasti mempunyai perasaan seperti di atas dan sebagainya.. tapi ape yang membezakan antara sesama manusia ialah sejauh mana perasaan sedemikian mempengaruhi hidup sang pemilik.. Terus terang fiza menyatakan tidak salah untuk melayan perasaan sedemikian, tetapi biarlah bertempat dan berpada-pada.. am I right?

Satu cerita ingin fiza kongsikan untuk tatapan bersama.. Kisah ini bukan untuk menjatuhkan, tapi niat Fiza, biarlah perkongsian ini dapat membentuk satu cabang pemikiran...

Sebagai remaja, memang fiza mempunyai ramai kenalan. Orang kata," berkawan biar seribu, berkasih biarlah SATU .. " bagi fiza berkawan ramai adalah untuk mengetahui bagaimana pemikiran dan cara hidup manusia.. xnak jadi " katak di bwh tempurung" la nie.. =D dalam ramai2 sahabat, ada seorang yang bagi fiza sangat merendah diri apabila terasa dirinya lemah.. Alhamdulillah, perasaan rendah diri memang bagus, tapi jgnlah TERLALU merendah diriMyEm0.Com..

Di sini, apa yang fiza dapat lihat, merendah diri membawa kepada dua situasi..
  1. Bila mana merendah diri- orang akan berasa selesa untuk berkongsi ilmu dan melihat seseorang individu itu dari sudut pandangan yang positif..
  2. Bila terlalu merendah diri-boleh menyebabkan hati individu lain terluka bila mana membandingkan pula dirinya dengan org lain dan selalu menyatakan dia bersalah sedangkan keadaan tidak sedemikian....
Fiza ambil situasi kedua.. Bagi fiza individu yang semakin meningkat dewasa ini seharusnya bertenang dan lebih rasional dalam melontarkan kata-kata.. yEap, memang kita tidak boleh lari dari masalah sekeliling kita seperti keluarga dan sebagainya, namUn jgnlah biar masalah itu mempengaruhi kita dalam situasi2 yang tidak sepatutnya.. cOntoh..

Si A : B, awk terpilih untuk kuiz itu x?
Si B : x.. sy x dapat pun.. Orang bijak mcm awk boleh la.. saya ni ape la sgt.
Si A : B, x baik ckp mcm tu.. mungkin itu bukan rezeki awk.
Si B : Iyelah salah sy ckp mcm tu.. sy ni bukan budak baik..

Pada pendapat fiza, mungkin si A akan terasa sedih walau sedikit dan mungkin ada rasa bersalah kerana dia memikirkan bahawa mungkin dia ada tersalah ckp kepada rakannya.. Sebenarnya tidak perlu!! tetapi apabila rakannya membalas perbualan itu sedemikian, mungkin ada pihak yang terguris.. sekali lagi, tidak salah untuk merendah diri tetapi jgnlah jadi seperti situasi 2 di atas..

fiza tahu, siapa saje2 nak mengguris hati orang lain terutama rakan tetapi cuba fikir sejenak adakah kata-kata kita sebelum ini , walaupun berbau gurauan, pernah mengguris hati kwn2 kita? Islam sudah menggariskan, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu pekerjaan... oleh itu, knP tidak kita bersederhana dalam hal ini..?

Rambut sama hitam tetapi hati lain2~ jadi kita tidak tahu bagaimana sebenarnya hati individu yang sedang kita berdepan.. Namun kita harus tahu, setiap orang ada perasaan dan untuk org lain menjaga perasaan kita, kita juga kena menjaga perasaan org lain..

Apa yang kiter peroleh dalam hidup itu adalah pemberian daripada Allah swt.. Jadi kenapa pula kite nak membanding-bandingkan hak milik kita sedangkan Apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik bagi kita?

" Boleh jd apa yang kita suka itu buruk bagi kita.. bOleh jadi apa yang kita benci itu bAik untuk kita.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui sedang kamu tidak ketahui.. "

bUkankah begitu? jAdi, jgnlah kite terlalu merendah-rendah diri sehingga membawa kepada terlukanya hati individu lain.. apa yang penting, jadilah hamba yang bersyukur.. SEmakin umur meningkat tua, biarlah pemikiran juga didewasa...

Fiza berpesan kepada diri dan rakan2 pembaca sekalian... Marilah kita memakmurkan hidup yang sementara nie.. XD hihi..

( post ini sekadar pendapat dan luahan )
MyEm0.Com
..wallahu'alam..

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook