Mungkin ini tidur terakhirmu...

12:41 PM

Ahlan wasahlan kpd readers...

Pernah x kita terbayang, katil empuk yang menjadi tempat istirehat dan melelapkan mata semalam itu mungkin merupakan destinasi terakhir kita ? Mata yang dipejam akan terus terpejam.. Roh yang melayang akan terus berterbangan... Kita tidak pernah mengetahui saat malaikat maut mencabut nyawa kita.. masih Sempatkah kamu menyatakan taubat disaat nyawamu ditarik..?
Wahai Saudara ku,
Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah (kerongkong) kita, selagi mentari belum menjelma dari ufuk barat, pintu taubat masih terbuka luas di hadapan kita.. Ianya selebar timur dan barat.. Maka, janganlah kamu mensia-siakan peluang keemasan, ini dan usah ditangguh-tangguh taubat itu hingga tiba hari di mana istighfar dan taubat tidak bermakna lagi..

Islam ialah agama yang tidak menyusahkan umatnya.. setiap yang diatur olehNya, tersirat 1001 makna untuk dirungkai dan disingkap.. Di sini, fiza ingin berkongsi sekecil-kecil dan seringan-ringan amalan yang boleh kita semua amalkan dr apa yang fiza baca..

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda "barangsiapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur;


(Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan selainNya, Dia yang maha hidup lagi maha berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNya ) maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak-banyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walau sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia..
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Fiza mengerti, mungkin ada di antara kita yang menyedari kesilapan yang telah dilakukan.. Ada yang berasa malu untuk menghadap Illahi, memohon keampunan kerana dirasakan diri terlalu hina.. Namun, ketahuilah bahawa Allah swt maha pemaaf dan pengampun.. sebesar mana pun kesalahan yang dilakukan, Allah pasti memberi Ampun bagi mereka yang bertaubat dan memohon dariNya.. Ini kerana, Rahmat dan keampunan Illahi itu amat luas sekali.. x bertepi seluas langit dan bumi.. Maka, dambalah kemaafan Allah yang maha menerima taubat hambaNya.. Sekali-kali Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang benar-benar ingin 'kembali' kepadaNya. Jadi, besar mana pun dosa kita, janganlah kita berputus asa daripada rahmat dan keampunanNya, OKE?? (~^_^~)

Jadiiii, sebelum kita melelapkan mata, apa kata kita amik sedikit masa untuk beristighfar kepadanya?? haa, bukankan tidur itu saudara kematian? boleh jadi juga, itu tidur yang the last! xde jaminan lagi bahawa kita boley hidup lg esok.. Mudah-mudahann, amalan istighfar yang berterusan itu menjadi asbab Allah SWT berbelas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita.. heee...

..Assalamualaikum..

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook