JIHAD; Part 2

5:24 PM

Assalamualaikum..

kembali kepada topik kita, wahaha :P

maaf atas kelewatan update blog nie.. sbnrnya, fiza buat research lebih lanjut ttg jihad, tapi pelbagai pendapat yg fiza dapat.. huhu.. Alhamdulillah, dapat juga dikutip sedikit ilmu ttg jihad..

Jihad bukan semata-mata berperang..
Zaman sekarang, minda manusia telah menyalatafsirkan bahawa jihad itu adalah suatu peperangan.. Pemikiran seperti ini telah mengaburi mata umat Islam tentang konteks jihad yang sebenar.. Jihad sebetulnya memberi makna yang luas dan ianya praktikal dalam kehidupan seharian..

Bahagian jihad yang terpenting muncul pada masa awal permulaan Islam di kota Mekah, iaitu jihad berdakwah, mengajak orang musyrikin ke jalan yang benar dan memerintahkan mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka dengan mengikut kesesatan nenek moyang mereka. Juga termasuk dalam kategori jihad ini ialah kesabaran Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam mempertahankan akidah, kebenaran meskipun menghadapi pelbagai cabaran, hambatan yang berupa seksaan dan cemuhan. Satu lagi jihad yang terpenting dalam period ini ialah kesunggguhan nabi dan para sahabatnya dalam mempelajari al-Quran dan menyingkap hukum-hukum dengan segala sesuatu yang terkandung di dalamnya dengan penuh teliti dan tekun.

Bagaimana tidak dikatakan jihad sedangkan secara jelas Allah menyebutkan ketika berfirman kepada Rasul-Nya iaitu ketika nabi masih di kota Mekkah dengan menyatakan : "Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar." (al-Furqan, ayat 52)

Ibn Abbas menyebutkan berjihadlah pada jalan Allah dengan menggunakan al-Quran dan dalil-dalilnya dengan jihad yang besar. Jihad ini merupakan jihad yang besar dan merupakan inti dari perintah jihad itu sendiri. Kedudukan jihad sebegini mempunyai keistimewaan dan kemuliaan dibandingkan dengan jihad-jihad yang lain. Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah semasa di Mekkah ini bagaikan sebatang pohon yang kukuh sepanjang zaman. Sedangkan perang di jalan Allah diibaratkan sebagai cabang-cabangnya yang tumbuh berganti sesuai dengan musim yang dilaluinya.

Inilah hakikat jihad yang sebenar iaitu jihad dakwah mengajak manusia mengesakan Allah. Ia bukan bermakna berperang atau bertempur di medan terbuka semata-mata seperti yang tersirat dalam fikiran sebahagian umat Islam kini.

Masih banyak orang yang ketika dibacakan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud : "Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah secara marfu'). Lantas mereka mentakwilkan hadith ini dengan perintah untuk melaksanakan perang. Tidak terlintas dalam fikiran mereka "kalimah yang benar” (kalimah haq) dalam hadith tersebut kecuali mereka ertikan dengan perang dan pertempuran. Sedangkan maksud yang sebenarnya dari hadith tersebut adalah agar dalam memberi peringatan kepada para penguasa yang zalim hendaklah dengan cara bertutur dengan bahasa yang halus dan benar, jauh dari kata-kata kotor ,mengumpat dan memaki.

Jihad dalam berdakwah dilakukan dengan cara halus, tidak dengan kasar. Seorang pendakwah tidak diperkenankan berdakwah dengan menggunakan cara-cara yang kasar, keras dan paksaan. Ini kerana dakwah kepada Allah dalam erti globalnya adalah memenuhi kewajipan Allah kepada hambaNya untuk saling membantu dalam kebaikan dan ketakwaan. Firman Allah yang bermaksud : " Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya ,” (al-Maidah, ayat 2)

Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang faham tentang jihad, menjadi tanggungjawab kita untuk memikul amanah sebagai seorang pendakwah. sesungguhnya, tugas berdakwah itu tidak akan pernah berakhir selagi nyawa dikandung jasad.. Hidup di zaman ini terlalu mencabar kesabaran dan kekuatan jati diri. Sama-samalah kita berpesan-pesan antara satu sama lain demi mempertahankan akidah yang haq dan menyahut seruan jihAd.. Allahuakbar~!
fiza xnak jadi macam bUih2~ kat lautan tu.. Awak2 semua ni nak jadi ker~?

" setiap daripada kita adalah pemimpin.. dAn kelak kita akan disoal atas kepimpinan kita.. "
:: turut diadaptasi daripada ----->
MindaMadaniOnline
<----- klik ya!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook