Di tengah kekalutan kerja, kita kadang-kadang rasa tiada masa langsung nak berehat.. Tapi mujur Allah kurniakan kita solat. Sebab waktu solat tu adalah sebenar-benar rehat bagi hambaNya.
Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Sebenarnya dalam solat itulah kita akan temui ketenangan dan kekuatan untuk teruskan kehidupan. Hilang nikmat bersolat, hilang nikmat ketenangan..
Salam Jumaat..
Nurfiza.as