Tanyalah ustaz- keberkatan doa ibu bapa
7:52 AMAda beberapa sebab kenapa seseorang itu tidak mendoakan isteri/suami/anak/keluarga:
1- Tidak faham fungsi kekeluargaan atau kurangnya ilmu kekeluargaan.
2- Menjadikan doa sebagai tradisi sahaja dan tidak menghayati kepentingan berdoa
3- Terlalu merasa senang sehingga hilang rasa kebergantungan kepada Allah
Bila pula waktu doa mustajab?
1- Selepas solat sunat tahajud.
"Allah kejut kita sebab Allah nak dengar doa kita."
2- Selepas solat fardhu
"Jangan cepat2 nak bangun dr sejadah."
3- Orang2 yang berpuasa, waktu nak berbuka.
4- Dalam sujud.
5- Di antara azan dan iqamat
6- Ketika waktu hujan.
"Ingatlah,
Waktu Allah gerakkan hati kita untuk berdoa, itulah waktu yang terbaik."
Eh, kenapa doa kita terhalang?
"Jangan marah Allah taala tau!"
Masakan dikabulkan doa seseorang itu bilamana dia sentiasa memberikan dirinya dengan perkara haram.
1- kalau kita makan dan minum dari sumber yang haram. "Perbetulkan rumah tangga itu dari dapur" masukkan elemen2 halal di dapur.
2- kerana memakai pakaian yang haram
3- kerana melakukan perkara haram
4- kerana hati kita keras. Mcm mana? Derhaka kepada Allah, derhaka kepada Ibu bapa, tidak sentiasa menyebut nama Allah, "ya Latiff" untuk melembutkan hati.
Mcm mana kalau parents kecik hati dengan anak2? Kenapa anak2 selalu tak jaga hati ibu bapa?
Mungkin tiada keberkatan dalam doa kita.
1- sebagai anak, wajib membuat kebaikan kepada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, bimbing anak2 untuk berbuat kebaikan kepada ibu bapa. "Jadilah anak yang sentiasa mencari kegembiraan ibu bapa kita kerana disitu ada keberkatan doa."
2- Sentiasa mencari keampunan dari ibu bapa.
3- Kena sentiasa sabar.
4- banyakkan berdoa kepada Allah supaya lembut hati ibu bapa or anak.
" bilamana kita dapat ayah ibu or anak yg keras hati, kita kena selalu doa supaya dilembutkan hati"
Jangan sesekali kita termasuk dlm kalangan anak derhaka. Kalau tergolong dalam kalangan tu, doalah sebanyak mana pun, doa akan terhalang kerana status anak derhaka tu.
Apabila anak tak dapat doa dari parents, hati anak akan jadi keras, syaitan mudah memimpin dia, anak akan hilang sifat-sifat dan nilai kekeluargaan dalam diri anak, tiada keberkatan dalam hidup dia dan jiwa anak akan mudah terganggu atau dipanggil jiwa kacau.
Apakah doa yang boleh melembutkan hati kita, anak, suami dan keluarga?
"Surah taha ayat 1-5"
Semoga jadi pedoman bersama ^_^
0 comments