Bawa hatiku untukmu. Salam maulidurrasul .
7:53 PMHari ini aku melihat banyak fitnah ditabur, seolah olah fakta yang dikata.
Hari ini aku mendengar bermacam umpatan dan perkataan sia sia begitu senang dicanang. Situ sana sini.
Seluruh pancaindera tercabar dek kemanisan dunia.
Hari ini juga aku merasakan, kekasih hati sedang menitiskan air mata. Syurga miliknya, tapi hati dan minda, jauh terkenang umatnya. Saat menghembuskan nafas terakhir, saat roh berpisah dengan jasad, saat bintang pudar sinarnya, dia masih mengenangkan umat.
Hari ini..
Ulangtahun kelahiranmu..
Maaf kerana membuatmu duka..
Maaf kerana terasa hati masih jauh denganmu walaupun rasa cintamu sentiasa untuk kami..
Hanya yassin dan al-fatihah mampu ku kirimkan..
Semoga tenang di sana, kekasihku..
Rasulullah SAW.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad SAW.
Salam maulidurrasul.
0 comments