Bukan senang nak jadi perempuan ^_^

11:19 AM


Assalamualaikum...
siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stokin pon kena pakai cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua tapi, perempuan cool jerr tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki , selamber jerr
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang? hati mereka Allah jadikan lembut betul cepat je sensitif cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru cuba pergi wayang tengok cerita hindustan siapa yg paling teruk menangis? perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi lembut tak lembut hati perempuan tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki hebat tak perempuan? disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah diorang cakap, Allah x adil kenapa Allah lebihkan lelaki? kenapa perempuan kena dengar cakap suami? kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon' diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati kesian kan kat diorang? disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang betul ke Allah x adil dengan perempuan? betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya? betul, isteri kena ikut cakap suami tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya


x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni perempuan senang nak masuk syurga

x adil lagikah Allah dekat perempuan? oh perempuan, sedarlah betapa sayangnya Allah padamu betapa cintanya Allah padamu tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

renung2kan~ ^_^

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook