Most viewed

Archive for 2016

Solat tu kan REHAT.. Jom segerakan!

By : Nur Fiza


Di tengah kekalutan kerja, kita kadang-kadang rasa tiada masa langsung nak berehat.. Tapi mujur Allah kurniakan kita solat. Sebab waktu solat tu adalah sebenar-benar rehat bagi hambaNya.

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Sebenarnya dalam solat itulah kita akan temui ketenangan dan kekuatan untuk teruskan kehidupan. Hilang nikmat bersolat, hilang nikmat ketenangan..

Salam Jumaat..

Nurfiza.as

Fresh Grad kena Berani!

By : Nur Fiza


Sebulan ni memang newsfeed penuh dengan gambar konvo sahabat-sahabat dan adik-adik di UPM.

Alhamdulillah dan Tahniah atas kejayaan yang lama dinanti-nantikan. Dan anda berjaya buat Akak terasa nak konvo balik!!! Nikmati hari konvo anda sepuas-puasnya sebab kehidupan selepas bergraduat memang jauh berbeza dari kehidupan belajar. Of course, aim utama is KERJA!

Semua orang nak kerja ikut bidang yang kita ambil di U... (Include me!) Go for it! Tapi jangan lupa, Rezeki tu Allah yang tentukan.. Kunci nya.. SABAR..

So, takkan nak tunggu aje? Akak(alamak terasa tua) lebih suka kalau adik-adik keluar meneroka dunia! Gituuhhh.. Go gain experience. Kumpul banyak-banyak pengalaman dalam pelbagai bidang lagi supaya kita lebih kenal dunia, and akan lebih prepare for it!

Macam mana kalau kerja bidang yang totally tak sama??
Jangan takut! Sebab semua orang melalui benda yang sama. As sharing, Akak diterima bekerja bukan bidang akak, bukan 1 tapi dua kerja dalam satu hari yang sama! (Alhamdulillah.. Tapi Oh my, tu lah, sapa suruh cari pasal) At first memang mencabar, sebab awak start from zero.

Copywriter? Sales?
Permulaan yang agak perit, awak kerja secara alam maya, tak berjumpa rakan sekerja keseluruhannya dan hanya berkomunikasi dalam emel. Tebal muka selalu buat silap, but ingat, buat silap means awak sedang belajar. Kalau tak tahu, jangan segan bertanya walaupun awak rasa soalan tu macam hampeh. Say to yourself, "nak keep buat same mistake atau take one step ahead?"

How about another kerja? Of course banyak buat silap at the begining. Alhamdulillah and still hoping, jadi lebih baik setiap hari. (Sori boss) So, key point, tempuh aje, banyak bertanya dan jangan segan belajar benda baru.

Naahhh, few from million words dalam fikiran ni untuk dikongsikan kepada fresh grad. InshaaAllah more sharing to come. Good luck adik-adik. Ingat.. Allah sentiasa ada.

Life continues..! Face whatever comes.

By : Nur Fiza
It's gonna be a year since graduated. And congratulations to myself for what have I achieve till now. *clap clap clap

I have to admit this so-called freedom in life comes with many unexpected events. All of us can't wait to graduate and enjoy the life, but non ever expect what we might face afterwards. What can I say now, living life after graduate is the most challenging task you ever endure. Yet, enjoyable.

I saw many of my friends have achieve their dream to be nutritionist, few become successful with huge influence, and some of us till searching for the best in life. With social media now, latest updates pictures, and status pop up every second, which in time, we tend to compare ourselves with others, especially our friends.

For those who feels upset about themselves, have a look at this.. and hope  you'll be smiling again :)



Kahwin, murah rezeki..?


Doakan semoga jodoh sampai bila sudah bersedia. =) . Okay, jangan sedih-sedih, stress-stress. Bersyukur dengan setiap nikmat Allah bagi .. Eh, I olls tukar bahasa pulak. 

Nurfiza.AS

Farewell, Buntal.

By : Nur Fiza
Good day always starts with smile. But it fade when....

Today supposed to be one of the happiest day in my life.  Be going to Bandung, Indonesia for company trip. Everything was ready, but suddenly I found him, dead. No wonder he is no where to be found last night. Can't hold my tears while bury him. He has brighten my day since first day he came home. My love will always be yours, Buntal. Rest in peace.


Aku pendosa, juga ingin ke Syurga

By : Nur Fiza
Assalamualaikum..


Alhamdulillah semalam sempat bertandang ke taman syurga bersama bonda terchenta dan adik tersayang.. Sedikit perkongsian untuk tatapan bersama.

-Orang berjaya itu adalah orang yang berusaha perbaiki diri, dan dalam masa yang sama, ajak orang lain ke arah lebih baik dan berjaya juga.

-Orang yang menunjukkan kebaikan kepada orang lain, dan orang lain amalkan kebaikan yang ditunjukkan tu, itu menjadi saham pahala akhirat nya nanti.

-Kita boleh kata macam-macam kat orang, boleh judge macam-macam. Tapi hakikat nya, stiap orang tu nak jadi baik, mungkin dia belum jumpa jalannya.

-Bila kita bergantung kepada Allah, kita akan tenang dan bebas buat keputusan.

-Kita rasa serabut, rasa hidup ni payah, seolah-olah tiada apa yang menjaga kita. Sedangkan kita lupa, Allah ada, yang selalu jaga kita.

-Wanita ni nampak je tabah, semua benda dia buat. Tapi dia luahkan segala keperitan dia, kepenatan dia dengan menitiskan air mata.

-Kita boleh luahkan masalah kat manusia, tapi sampai bila manusia ada untuk kita? 

-Fitrah manusia: semua nak jadi baik.

-Bila waktu solat terakhir kita yang kita benar-benar solat untuk sucikan diri?

-Laluilah hidup dengan seronok. Bila kita nak tulis masalah kita, fikirlah bahawa semua orang ada masalah.

Sepurnanya akal seseorang itu apabila dia kurang bercakap. Semua manusia pasti ada ujian dan cabaran. Pandanglah mamusia lain dengan rahmah, ubahlah diri dengan hikmah. Kita tak tahu matinya kita nanti macam mana keadaanya.

Selamat beramal. 

- Copyright © Wings of Words - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -